Thursday, November 28, 2013

Kartun pun suka Sunflower ........

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera...



Kali ni SanVV nak post kan pulak buku cerita yang dihadiahkan oleh hero-heroku. Anak-anak SanVV memang suka beli@baca buku-buku kartun@animasi. Tahun lepas beberapa hari selepas tarikh hari lahir 2012 SanVV  (kira dah setahun lebih dah ni),  balik dari kerja mereka hulurkan 1 barang berbalut surat khabar (katanya tak perlu bazirkan wrapper.. sbb nanti kena koyak dan buang, membazir - hmmm... bagus-bagus...) Kata mereka tambahan hadiah. Bagus anak-anak mummy yea (time ni laa... bila diaorang buat pasal rasa nak telan hidup-hidup diaorang ni!!!)


Bila buka tengok..tengok... haa.... tu dia...




Yang ni mcm ok laa. tau dah sebab tajuknya Cik Bunga Matahari. memang faham... tapi bila tengok yang buku bawah ni... lagi faham...



 Buku ni lagi membuatkan SanVV cerah biji mata... bila ada gambar bunga-bunga matahari tu....





Apapun San VVsangat bertuah mempunyai anak-anak yang sangat memahami penyakit ala-ala mental ibunya ni... Dan mudahan mereka menjadi anak yang soleh hingga ke syurga. Aminnnn

Sekian dulu untuk koleksi sunflower kali ini.

Thank you for reading.



SanVV - Vitty Himawari