Monday, December 9, 2013

Pesta Buku @ The Big Bad Wolf Book Sale

Assalam & Salam sejahtera

Hari jumaat baru ni my love Wawa text message via whatsapp kat team group kami. Mulanya ingatkan untuk buku - buku serigala jer. masa baca tu pun sedang driving. Dia pulak cakap nak bawa anak bujangnya. Malam tadi bila tengok berita baru la tahu kisah sebenarnya. Barulah maksudnya sampai...







Pesta buku ni bermuIa Jumaat (06/12/2013) hinggalah Ahad depan (15/12/2013) kiranya 10 hari laa.  Bertempat di The Mines, Seri Kembangan. 

Mengikut maklumat yang SanVV tengok kat berita, pesta buku  dikatakan yang terbesar di dunia. Mereka buka 24 jam sehari dan buku-buku dijual dengan potongan harga antara 75% - 95%.

SanVV sebenarnya baru lepas mengkhatankan 2 lagi anak. Terpaksa laa ditangguhkan niat tu. SanVV harap dalam seminggu ni anak-anak akan pulih seperti sediakala dan kami dapat berkunjung ke sana.

Kawan SanVV dah pergi dan berpesan pada sesipa yang nak ke sana, bawalah bakul atau sebaik-baiknya troli. Memang tak larat nak usung buku-buku ke sana-sini...

Untuk maklumat lengkap bolehlah ke laman web bigbadwolfbooks.com.




Thank you for reading.


SanVV - Himawari
 

No comments: