Thursday, September 5, 2013

I Love Kitty... @SanVity




Setelah 13 tahun berlalu baru SanWiwi sedar rupanya dah lama cik kity ni bermukim di rumah kami. SanWiwi memang sukakan bear tapi yang ini paling disayangi sebabnya ada sanflower..
Teringat masa Mr.Hubby ke Jepun dulu, bila dia tengok cik kity ni ada sanflower terus dia ambil nak belikan untuk isterinya yang sememangnya akan jadi sewel bila dapat. Masa tu kata hubby dia siap berebut dengan kawan dia yang nak bawa balik untuk girlfriendnya. Disebabkan sanflower tu, kawan dia mengalah sebab masih banyak kity lain kat situ.. ( Betul ke cerita suamiku ini... atau saja dia nak bagi SanWiwi touching dengan kesungguhannya itu. Tak apa laa... kita anggap betul la yea...)

Semenjak dua menjak ni SanWiwi sudah ketandusan koleksi sanflower. Kalua jumpa pun ada ada dalam koleksi atau tak sesuai. Mula-mula macam suka leopard print dan seumpamanya. boleh juga di matchkan dengan sanflower. tapi lepas tu macam jemu. Sudahnya tetiba rasa macam suka pulak dengan Cik Kity ni. Mula la mengumpul sikit-sikit. Bila kemas-kemas rumah tengok cik Kity ni baru lah sedar, rupanya dah lama ko berhijrah. Agaknya kalau mohon kat JPN dan dapat taraf penduduk tetap Malaysia.

Sekarang ni masih busy ntah apa-apa, so jamu mata dengan Cik Kity ni je la dulu. Itupun copy dari gambar lama. HArap-harap dah bertenang nanti bolehlah up-date koleksi Cik Kity yang lain-lain...

Sekian dulu...