Thursday, August 15, 2013

Iftar dan Shoppping Raya with BFF

Alhamdulilah... walaupun sekarang SanWiwi tinggal berjauhan dengan dua orang BFF ni.. tahun ini kami sempat beberapa kali  berbuka bersama. ada masanya kami sahaja (yang konon-konon nak berpoya-poya macam zaman bujang-bujang dulu)
Tapi dengan keluarga tetap juga kami usahakan untuk berbuka bersama dan juga bersama-sama rakan pejabat yang lain...
Mudahan kami semua dikurniakan rezeki yang melimpahruah dan dipanjangkan usia untuk kami mengulangi saat indah ini lagi...

Sessi berbuka di surau pejabat kami (Pejabat lamaku sebenarnya dan pejabat 2 org BFF ku ini). Nasib baik dijemput lagi..dapatlah menempek kat sini..he.he




 Disebabkan kami bertiga bercuti tanpa rekod, masa orang terawih kami pergi melawat adik kesayangan kami (rakan sepejabat) yang baru bersalin. Disebabkan maknya dressing maut orang berpantang kami berempat je la bergambar :)


Sessi berbuka bersama rakan-rakan KPSM WPKL...alhamdulilah... dijemput lagi kita yea Kak Wan... Makan kat Resotoran Steamboat Ombak ni memang best dan berbaloi-baloi...




Dan gambar wajib bertiga ni mesti ada... tapi nape muka kita berdua semacam je intan ??!!




Kot yea pun teruja..nape la Cik Puan Riza kita sampai ngaga gitu..




Memang best Kak Liza abdullah ni... Ramah, sporting, tak sombong dan kelakar.. Memang patut pun dia kekal kat tv sampai sekarang





 Sessi yang paling best kat Kelantan Delight, Subang Jaya sebab tak bawak anak. Kami boleh la perasan muda dan berpoya-poya dengan senang hati kat Subang Parade.. Sebenarnya dah habis satu sunway pyramid, alamanda, Sacc Mall, Alam Sentral, PKNS, Plaza Masalam kami pusing. Tapi masih ada yang tak cukup...










Disebabkan ur Hubby je yang datang, jadi kami berilah peluang untuk membuat aksi gedik ini...ha.ha..













Handbag, kasut, baju.. semua dah ada... kita beli make-up pulak.. baru raya sakan kita :)




Tak kira!! Tak kira!! Nak juga beli semua untuk tester ni !!








Sudahnya... satu beg ni je yang di beli. apapun kami enjoy sangat-sangat. I Love u All..

(Mana gambar kita yang berbuka di rumah DS+DJ??)