Wednesday, May 26, 2010

Murah... Tapi tersangat menyayanginya...

Salam bertemu lagi...

Kali ini giliran pinggan mangkuk pula.... Semua pinggan mangkuk ni harganya murah. Tidak setanding koleksi rakan-rakan lain. Bagi mereka yang ada koleksi ini, sudah tentu mereka tahu harganya. Ini saja pinggan yang Sanflower  jumpa.. tambahan pula ini yang mampu dibeli. Kesemua pinggan ini digunakan jadi sebelum sedikit-demi sedikit pecah., sumbing dan sebagainya seterusnya terpaksa dibuang... Sanflower ingin mengabadikannya sebagai kenang-kenangan..
Seperti kata K.Shas, nak snap gambar tu.. bagi posing sikit..kona baring sikit... teringin juga nak buat bagi gambar cantik, tapi Sanflower ni tak berapa rajin... snap sajalah seadanya...



Disinilah tempat mereka beradu.. Teringin juga nak memiliki almari cantik-cantik..tapi rumah kecik, modal kurang... Disebabkan kesemuanya digunakan (kecuali 1 set arcopal yang sama tu), letak di atas rak ini kira ok juga, sebab senang nak ambil dan simpan..




Ini set pinggan pertama yang Sanflower beli. Beli di Giant Hypermarket, Subang pada tahun 1998. Set lapan.. tapi beberapa biji dah pecah termasuk mug..tinggal 3 biji.




Set pinggan untuk 4 orang ini juga dibeli tahun 1998. Beli di Sogo, KL..  hanya tinggal satu set ini saja. bolehlah dari tak ada langsung.


Cawan ni dah tinggal 3, 1 dah hilang masa pindah rumah.... jadi gantung je la kat sini




Set arcopal ni beli di Langkawi tahun 1999. Sanflower suka gunakan pinggan ini sebab ringan dan kaca.




Ini pula satu set yang sama juga dibeli di Langkawi hujung tahun 2009. Disebabkan Langkawi tempat favourite kami, setiap tahun sekuranya sekali mesti pergi. setiap tahun pergi barangnya sama, kalu yang barupun barang-barang roses... Masa di sana  yang tersayang bagi duit.. disuruh beli something sunflower, hanya pinggan ini saja yang ada, jadi beli je laa... Lagipun kalau yang ada kat rumah tu pecah, masih ada satu lagi. Bila dah susun di rak ini baru sedar set baru ini ada 2 tumbler air tapi tak ada bowl besar yang dalam tu... cuma ada bowl besar saja... bekas kuih pun tak ada..



Set melamine ini pula dibeli tahun 2000.. disebabkan murah bolehlah beli banyak. Lagipun set ini dijual berasingan bolehlah beli mana-mana bentuk yang berkenan...



Set ini juga dibeli pada tahun 2002 juga di langkawi. Yang ini juga buatan seperti melamine..tapi lebih tebal dan berat berbanding set melamine pertama tadi.



Set pinggan jenis seperti melamine ini asalnya beli sendiri masa Sanflower dan bekas bos di tempat lama keluar untuk kerja luar. Singgah makan ternampak kedai pinggan di sebelah. Duit pula tak bawa. Pinjam la duit bos dulu. dia pun memang tahu Sanflower ni memang tak boleh tengok barang-barang sunflower ni. Masa nak bayar balik bos cakap tak perlu bayar..anggap saja hadiah darinya. Tersangatlah gembira walaupun selalu dapat hadiah darinya...




Set 4 pinggan kaca ini dibeli di Parkson, Kuantan tahun 2007. Beli 2 set jadi la set 8. Terima kasih pada Kak Norhayati Iman kerana bagi info pinggan ini. bertambah la koleksi pinggan Sanflower..




Set 6 pinggan kaca ini di beli tahun 2008 juga di Langkawi. Set ini dibeli sekali dengan mangkuk bertutup seperti entry periuk sunflower dulu...







Buat K.Ida Isk, K.Sali dan K.Chah.....
Setelah digabungkan hadiah kakak semua... hampir lengkap set untuk tahun 2010 ini.. Fitri ada juga hantar email gambar bekas creamer bunga ini yang dia nak bagi, tapi tak berkesempatan lagi nak ambil. dah ambil dapatlah meriahkan lagi set ini... Terima kasih





Sekian dulu.... Dan Jumpa lagi...

Sunday, May 16, 2010

Akhirnya....

Setelah sebulan, akhirnya siap juga, itupun bila yang tersayang mula bagi semangat..asyik menyebut nak tengok hasilnya... Bermula beli tahun lepas, hati dah berangan nak tukarkan pada sunflower, nak cari ready made tak jumpa-jumpa..Yang banyak roses.. di kedai mahupun majalah.. roses saja yang biasa tengok. Bila nak buat tertangguh-tangguh, Weekend asyik ada saja programnya. Mula-mula buat kusyen kecil dulu, lepas tu buat sarung kusyen  tempat duduk.. hampir sebulan baru dapat siapkan rangkanya.. Jahit pula tak belajar, sekadar mencuba-cuba. walaupun tidak seperti hasil kerja pakar.. hati tetap puas.. menjadi juga akhirnya, dapat lah jimatkan kos upah, boleh lah beli barang deco yang lain pula...

Ini lah hasilnya....

Rasanya seperti ada yang tak kena.. mungkin rakan-rakan ada idea nak bagi lebih cantik...



Ini pula warna asalnya... coklat... nampak macam tak bermaya je...




hingga berjumpa lagi....

Thursday, May 13, 2010

Enamel Sunflower.....Hadiah Lagi...

Salam bertemu lagi...

Khas untuk K.Ida Isk :-
Sebab akak ada koleksi ini, membuatkan Sanflower tak lena tidur, dan tolong carikan juga koleksi ini untuk Sanflower..

Masa di Terengganu minggu lepas, sambil ronda-ronda bandar K.Terengganu ternampak mangkuk tingkat sunflower. Dah lama tercari-cari semenjak tengok koleksi K.Ida Isk. Harganya pula murah, terus ambil dua jenis sekali... Mug/kole  pula tak perlu beli sebab K.Ida Isk dh bagi.. Tqvm....

Ini lah koleksi yang ada sekarang ni.. bekas bertutup baru sedar 1 dah hilang tinggal 3 saja..dan 1 tutup dah pecah. Nanti kalau jumpa lagi bolehlah beli ganti atau pergi ambil kat rumah K.Ida.. K.Ida boleh gunakan ruang tu untuk letakkan ayam-ayam akak...he.he.he



Kole ini pula pemberian K.Ida Isk.. TQ banyak-banyak kak... sampai juga hajat nk mengumpul koleksi enamel ni...



Teko ini juga K.Ida bagi masa dating dengannya di Amcorp. Pergi hantar hadiah K.Ida dari K.Yah, dapat pula teko dan cup cakes sunflower ni.. hasil tangan K.Ida..Ish... suka betul... bila anak-anak tengok, mereka awal-awal tanya yang ni boleh makan ke tak.. dah biasa dengan barang tipu... Tq banyak-banyak kak.. mudahan Allah limpahruahkan rezeki akak sekeluarga....


Sekian dulu... Umur panjang jumpa lagi...

Wednesday, May 12, 2010

Mother's Day - My Beloved Sister, Sons & Beloved Friends

Walaupun Mother's Day dah berlalu dan dapat hadiah ini pada Isnin baru-baru ini, baru sekarang Sanflower berkesempatan upload gambar hadiah dari my beloved sister & sons. Sekadar ingin mengabadikan sebagai kenangan dan penghargaan, paksa diri juga untuk buat entry ini. Terima kasih kepada mereka semua.. I love u all....


Hasil kerja tangan 3 permata hatiku... Walaupun ringkas dan seadanya..tapi sanflower sangat bahagia.. Sampai je dari Terengganu Ahad baru ni, mereka berkurung dalam bilik.. rupanya mengerjakan hadiah Mother's Day untukku...




Ini pula dari adik bongsuku.. Epal ni memang Sanflower tak ada lagi.. memang suka laa... Tak sia-sia juga la tolong dia mengumpul strawberry..Ingat juga dia yea...



Kad dari Kak Yah... Tqvm kak...



Kad dari K.Azah.. TQVM kak..





Friday, May 7, 2010

Menziarahi Rakan Blogger Part 3 dan hadiah lagi..dan lagi..

Salam rakan-rakan..

Hari ini kuatkan semagat untuk update lagi blog ni...  Sebab tak ada cerita sangat...  jadi Sanflower ingin mengabadikan kenangan bersama-sama rakan-rakan bloggers yang semuanya baik-baik.. Kebaikkan mereka membuatkan Sanflower rasa sangat sayang pada mereka semua... 

Kali ini pula Sanflower ke rumah "K.Yaya Cottage" dan ke Junerysha Cottage. Asalnya kami janji nak jumpa di Ayer Itam sahaja.. Bila dah nak balik, ubah fikiran.. teruskan perjalanan ke Johor Bharu. Dah sampai sana call K.Yaya dan June... mereka dengan berbesar hati ajak singgah.. Seronok rasanya.
K.Eija pula ada hal malam tu.. Tokey mesti busy kan... Teringat juga rakan-rakan lain yang tinggal di JB ni.. tapi dah malam.. esok nak kerja pula... Harap di lain kali dapat berjumpa mereka pula.

Buat K.Yaya (& hubby yg sporting n baik datang ambil kami di simpang jalan, tunjukkan rumah june) dan juga June n hubby.. Tq banyak-banyak di atas layanan baik dan gift yang diberikan pada Sanflower...


Ini bekas plastik ( sekarang dh jadi bekas towel kecik..tiru k.Ida isk) yang dijahit oleh K,Yah. Walaupun Sanflower boleh juga menjahit, tapi rasanya tak sekemas jahitan K.Yah. Bersama barangan epal ni, K.Yah selitkan juga  Fridge Magnet Sunflower.Tq kak susah payah poskan barang ni..




Ini pula K.Yah bagi masa jumpa di Air Itam.. Toaster Cover  towel epal ni K.Yah jahit sendiri, bekas seramik Sunflower tu k.Yah beli  di Air Itam.. Tq banyak-banyak kak.. mudahan Allah limpahruahkan rezeki akak...













Semua gambar di atas tu antara ruang di cottage K.yah yang sempat SanFlower snap. Rumahnya cantik, kemas dan bersih.. tak puas melihatnya... Sayangnya masa ke rumah June tak sempat nak snap gambar... Rumahnya yang besar, luas dan cantik tu masih terbayang-bayang di mata ni.. harap lain kali ada peluang nak sap banyak-banyak buat kenangan...




Ini pula gelas pemberian oleh adik tersayang June... Tq yea june.. K.Sanflower memang suka... bila sunflower je, tak kira apa memang suka...



Strawberry ni dari June juga, dia beli di Air Itam. K.Yah pun jun bagi juga dapat... Rasanya kalau K.azah ada mesti dia pun dapat ni....

Sekian dulu... Mudahan bertemu kembali... moga iktan persahabatan bersama rakan-rakan akan berkekalan hingga ke akhir hayat. aminnnn......