Thursday, April 1, 2010

Hadiah Lagi Dan Berkunjung Ke Kondo Ayam..

K.Ida Isk : Ida Cottage

Lepas balik bercuti Mac baru ni, K.Ida pun baru balik bercuti. Dia hantar sms dan pesanan di shoutmix ada ole2 dari pantai timur.. Ish seronok dengar tu. Sebelum ni dah 3 kali jumpa K.Ida, sekali di Amcorp Mall, K.Ida datang hantar besen enamel (dia beli kat indon) dan bekas Sanflower besar. Walaupun tak pernah kenal dan jumpa, K.Ida sangat baik dan bermurah hati. Terasa segan juga sebab masa tu tak bawa apa-apa untuknya. Lepas tu jumpa lagi di rumah K.Lynn, dia bawa lagi gift untuk Sanflower.. nasib baik masa tu ada bawa juga gift kecil untuk K.Ida...Kali ke-3, Kak Ida datang ke rumah Sanflower. Masa tu baru sampai dari kampung. Segan rasanya sebab hidangkan satay pasar malam je.. tapi K.Ida siap bawa limau mandarin dan spaggeti yang dimasak sendiri dan memang sedap kata anak-anak.  Kali ke-4 jumpa bila bertandang ke kondonya... Akak ni memang pemurah... dibeli pinggan Sanflower, kitchen set epal dan towel epal... Alahai kak... sukanya hati. Kat kondo K.Ida ni ada swimming pool, my 3 sons pulak memang hantu air.. pergi juga mandi walau tak bawa persalinannya. K.Ida n hubbynya pula suruh bawak balik towel untuk balutkan anak-anak. 2 helai pulak tu...  K.Ida adalah rakan blogger yang paling banyak bagi gift untuk Sanflower..  Sesiapa yang kenal dia mesti rasa sayang dengan dia. Dia ni memang baik sama dengan rakan-rakan  lain tapi dia yang paling riuh.. K.Lynn yang lemah lembut pun berubah riuh bila ada K.Ida ni...

Semua orang kenal dia kan...Inilah antara ayam-ayamnya yang memang banyak dan gift dari K.ida untuk SanFlower....


 Hmm... banyak tu gifr dari K.Ida. Towel epal dan kitchen set epal.. Dan pinggan sunflower tu K.Ida beli kat Terengganu. Tq juga pada hubby K. Ida sebab perasan ada pinggan ni masa K.Ida sedang bersimpuh membelek pinggan kankung kat kedai apek tu...


 

 



Ini pula antara ayam-ayam K.Ida.. Untung ayam-ayam ni.. dapat tinggal kondo.. biasa ayam tinggal kat  reban je...sebenarnya banyak lagi kat rumahnya... memang teruja dan rasa macam nak kumpul juga sebab memang menarik hiasan dan deco K.Ida dengan ayam-ayamnya ni...


Sekian Dulu... berjumpa lagi dengan cerita kunjungan ke rumah rakan blogger yang lain...