Sunday, March 28, 2010

Menziarahi Rakan-Rakan Blogger Part 2 & hadiah lagi..

alam rakan-rakan...
Kali ini SanFlower nak sambung bercerita pertemuan dan ziarah ke rumah rakan-rakan blogger. Yang pertama sekali ke rumah K.lynn Cottage.. tapi cerita rumah K.Lynn ni kena buat entry khas.. sebab panjang ceritanya..Kira flashback sebab ada yang pernah pergi sebelum ini tapi tak pernah bercerita di sini. Sanflower akan buat entry semua kunjungan @ pertemuan dengan rakan2 blogger untuk di abadikan sebagai kenang-kenangan..

 Inilah dia....

1. K. Har : Har Home Deco - Kuantan

 Pada asalnya nak berkunjung ke rumah K.Har, tapi disebabkan SanFlower ada saja program, kami berjumpa ditepi jalan saja. Pejabat Ukur JKR menjadi saksinya.. First time jumpa K.Har dah bermurah hati bagi gift pada Sanflower.. Baik hati betul dia.. Kami hanya berbual seketika. Tapi Sanflower dah boleh agak dari cara dia bercakap dan tutur bahasa memang orangnya lembut dan baik... Sehinggalah berkali2kali SanFlower ke rumahnya, begitulah sikap K.Har tak berubah...malah semakin peramah. Kebetulan bonda K.Har ada, bila berbual dengan bondanya rupanya mak saudara Sanflower kahwin dengan saudara mak K.Har.. Kecik betul dunia ni yea kak... Masa tu bonda Sanflower pun ada. Bila mak K.Har dan mak Sanflower mula  menjejak kasih... rupanya ramai yang mereka kenali satu sama lain... Rumah K.Har memang dah besar dan cantik, disambung lagi baru-baru ini.. mesti lagi besar dan can cantik kan kak... teringin nak tengil tu...

Apple &  sunflower dari K.Har..


Coasters ni pun hadiah dari K.Har masa beli kitchen set dulu..




2. Maklang azie : rumahkecik

Bulan lepas balik ke KL dari Kuantan, singgah ke rumah Maklang Azie. Terima kasih kak, sudi terima kunjungan kami.. Dulu dah pergi, Maklang tak ada. Akhirnya dapat juga bersua. Walaupun tak lama di rumah maklang, tapi seronok juga dapat bersua muka dengannya.. Maklang baik dan lemah-lembut orangnya.. nampaknya K.Ida Isk masih juara disusuli naib juara K.eija tokey pelita. Masa nak balik, maklang hulurkan satu beg plastik untuk Sanflower.. buah tangan katanya... Dah sampai rumah tengok je terus menjerit..sebab seronok.. banyaknya hadiah sunflower dari maklang.. Tq banyak-banyak maklang.. mudahan dimurahkan rezeki.. Yang seronoknya, walaupun Sanflower ada banyak koleksi sunflower, tapi setiap kali Sanflower dapat mesti barangan yang belum ada..
Inilah hadiahnya...


Towel, fridge magnet(kt atas towel - besar tu), kitchen set n sunflower dalam cawan sunflower.. suka sangatttt.... everything sunflower...




K.Chah : Teratak Puteri - Kemaman, Terengganu

Kenal K.Chah ni tak ingat samaada Sanflower singgah di blog dia dulu atau dia yang datang menyapa... Tapi bila tengok ada mug epal terus contact K.Chah. Masa dapat mug tu, Kak Chah siap bagi gift sekali, epal dan sunflower...Sebelum ni dengar suara saja, cuti Mac baru-baru ini berkesempatan mengunjunginya... Rumahnya besar dan cantik. Juga baik dan peramah orangnya.. Dah singgah rumahnya sempat juga membeli mangkuk sunflower dari K.Chah.. Nak menambah koleksi yang tak berapa cukup anak-beranaknya. K.chah pun bermurah hati hadiahkan tisu-tisu epal dan stawberry untuk sanflower.

Ini lah sebahagian tisu yang belum di buat decopage lagi... Yang dah di buat tu, tak lupa nak ambil gambar...


Pinggan sunflower n aplle ni K.Chah kirimkan sebelum berkunjung ke rumahnya..







K. Rose - Rose Roses Cottage

Sebenarnya sebelum ni Sanflower dah kenal K.Rose, Kami pernah bekerja bersama tapi lain bahagian 3 tahun dulu. Tapi bila dah sama-sama ada blog, minat pun sama walaupun bunganya lain, barulah rasa makin rapat dengan K.Rose. Kakak kita ni pun baik dan lembut orangnya..bila kita mulakan bercerita... lepas tu banyak la ceritanya...
Rumahnya penuh dengan barangan roses dan memang sesuailah namanya ROSE. K.Rose juga mengumpul buahan... semua buah ada... Specialnya K.rose ni, dia pandai decokan campuran buahannya. Bila tengok rumahnya memang cantik.. macam rumah kawan-kawan lain....

Ini pula frame sunflower dari K.Rose. Dulu janji nak barter..tapi Sanflower tak bawa apa-apa pun untuk K.Rose sebab tak rancang nak ke rumahnya.. Dia bagi juga.. Tq yea Kak..









Kak Ina : Tudung Anggun Ina @ ....Ina......

Dah lama nak jumpa K.Ina, tapi asyik tak jadi kerana masa tak sesuai dan Sanflower tak bagitau awal-awal. Akhirnya Mac baru ni dapat juga jumpa. Terima kasih K.Ina, walaupun tak sihat, terima juga kehadiran kami.. K.Ina juga baik dan lembut. Bila dah bersembang, baru tahu peramah orangnya. Dia pula tak kisah walaupun SanFlower lebih muda darinya, dia masih sudi dan tak segan berkongsi idea dan siap minta nasihat, idea dan pendapat dari Sanflower untuk men'deco dapurnya. memang seronok berbual dengan K.Ina. Macam dah lama kenal dia. Sebelum balik, K.Ina  keluarkan beberapa helai tudung yang dah siap dijahit minta Sanflower pilihkan. Sebab Sanflower ni tak berapa besar, jadi tudung tu K.Ina perlu kecilkan dan poskan kemudian. Tq kak diatas susah payah akak tu...



Alas meja apple dan tudung jahitan K.Ina... Nampaknya lepas ni nak kena slalu pakai tudung yea kak... Kalu tak pakai kan macam tak appreciate lak kan.. dosa pun kureng sikit kan kak.. he3.. Tq kak.. Cayang akak...

Sekian dulu untuk sessi kunjungan Sanflower.. Mudahan ada masa terluang Sanflower akan bercerita kunjungan dan pertemuan dengan rakan-rakan bloger yang lain pula... Semua rakan-rakan yang selalu bagi Sanflower hadiah.. mudahan semuanya dilindungi Allah selalu dan dilimpahruahkan rezeki... I Love U all very much.....



Friday, March 26, 2010

My Apples......

Salam... bertemu lagi....
Di atas permintaan Kak Ina Kuantan (tudung anggun ina) dalam kesibukkan, SanFlower luangkan juga masa untuk memenuhi permintaan K.Ina untuk entry koleksi epal yang ada dan tak seberapa ni... Sebenarnya kak, asalnya SanFlower nak berkebun macam orang tanam sayur kat belakang rumah je.. tapi seronok pula mengumpul dengan Maklang Azie Sekadar Hobi dan K.Ina Bonda Cottage... bila k.Ida Isk datang dia upgred jadi ladang lak... kena luaskan kawasan la kalu nak jadi ladang.. Sekarang ni K.Ina tudung anggun dan dan K.Har Cottage pula yang mengumpul epal... Rasanya ramai lagi rakan-rakan lain diluar sana mengumpulnya. Bertambah seronok rasanya.. dapatlah nanti kita bertukar-tukar idea dan info...
 


























Ada diantara koleksi ini pemberian dari rakan-rakan. Bila ada masa terluang nanti SanFlower akan entry semula sebagai tanda penghargaan dan sebagai ingatan.

Sekian dulu untuk koleksi epal.. Jumpa lagi...


Saturday, March 20, 2010

Bercuti @ Menziarah Rakan-Rakan Blogger - Part 1

Salam bertemu kembali... 
Lamanya tak update blog... 2 minggu sebelum ni SanFlower teramat sibuk.. kerja pejabat, kerja rutin di rumah, tempahan barang hantaran kahwin kawan, anak kawan dan saudara... 
Sebenarnya ada lagi yang belum siap, tapi dah 'tercuti' ni... luangkan juga masa untuk buat entry baru... Bercuti pun ke Kuantan dan Kemaman.. Sempat la menziarah rakan blogger.. Kak Har, Kak Chah, Kak Ina dan Kak Rose Roses. Niatnya nak menziarah K.Ziela juga tapi tak sempat. Nak jumpa K.Ina Bonda Cottage pun tak jadi. Harap di lain kali dapat jumpa rakan-rakan yang lain pula.kak Eija pun ada kat Kuantan jadi kami menziarah la bersama-sama. Lepas tu niatnya nak ke Singapore, tiba-tiba kawan kat sana emergency balik kampung pula. Jadi kami ubah program.. seperti biasa tempat favourite SanFlower Langkawi dan Cameron Highlands. Walaupun dah berpuluh kali pergi kedua-dua tempat ni... tapi tak jemu-jemu.
Sebab tak rancang awal-awal, kami decided pergi Cameron saja. Dari Kuantan naik ke Genting, terus ke Cameron. Seperti semua orang tahu  kat sana memang popular dengan sayuran, bungaan dan strawberry. satu hari satu malam mencari sanflower, hanya dua barang baru  je yang jumpa semuanya barang strawberry.. Disebabkan adik Sanflower baru kahwin dan baru mula mengumpul strawberry... angkut barang untuknya saja laa... Dah rezeki dia... bajet nak beli sunflower x berapa guna.. boleh la beli strawberry untuk dia...
Hari Sabtu ziarah K. Ida Cottage pula.. ingatkan sempat bertemu K.Azlina, tapi x sempat.
Kepada rakan-rakan yang berniga, kalau ada barang Sunflower, Apple @ Strawberry bagitau la Sanflower yea.. kalau belum ada lagi, boleh la beli.....

Jom kita cuci-cuci mata tengok pemndangan dan kesegaran strawberry








Inilah 3 orang heroku.... posing di Cameron Highlands..
Barang-Barang Strawberry ni beli di Kuantan, Buah berdaun kat atas dan cucuk buah tu beli dengan Kak Har. Baik betul dia. Dia dh siap gantung kat dapurnya, tapi sebab Sanflower nak sangat di bagi juga. Yang lain-lain tu beli di beberpa kedai sekitar Kuantan.










Semua ketiga-tiga gambar ni beli di Cameron. Kalau ikutkan hati banyak lagi nak beli.. Tapi modalnya dah makin nipis.... 
Kepada rakan-rakan... jika ada Info Set pinggan strawberry ni, bagitau yea.. kerana baru dapat 6 pinggan makan, 6 piring sedang... masih mencari untuk cukupkan setnya...

Sekian dulu untuk kali ini.... Umur panjang jumpa lagi....