Wednesday, February 24, 2010

Periuk Sanflower

Salam rakan-rakan... Berjumpa lagi.....
Lamanya tak updated blog. Keinginan ada cuma masa tidak mengizinkan kerana sebulan ini sibuk dengan tempahan hantaran kawan-kawan yang akan ke jinjang pelamin... Pada mulanya nak tunggu siap kerja baru nak upload koleksi Sanflower...tapi hari ni rasa seperti rajin pula....
Kali ini Sanflower nak kongsi koleksi periuk sunflower... adanya sikit saja, tapi upload jugalah untuk diabadikan sebagai kenangan...


Peiuk Kaca ini boleh gunakan untuk masak. Beli di Pengkalan Kubu, Kota Bharu. Setiap kali tengok, teringat masa nak beli dulu. Tahun 1998, baru kerja.. duitnya tak seberapa, harganya pula mahal. Nasib baik bonda tercinta bagi pinjam duit. Dapatlah juga periuk idaman ini...




Bekas bertutup ini my beloved sister pernah beli untuk dirinya di Langkawi. Tapi katanya, hanya ada satu set, tak dapatlah dia nak tolong belikan untuk Sanflower. Tiap kali pergi rumahnya, geram jer..
Tahun 2009, semasa ke Bukit Kayu Hitam, Kedah, kebetulan ada satu set.. terus je beli. Tapi yang ini tak boleh digunakan untuk memasak. Agaknya dah nasib.. yang tengahnya pecah, tinggal la dua beradik saja...




Periuk enamel ini beli kat Rantau Panjang, Kelantan pada tahun 2000. Yang ini juga boleh digunakan untuk masak. Tapi jarang-jarang digunakan sebab sayang... Takut pecah atau rosak, susah nak dicari ganti macam yang dah pecah kat atas tu...



Sekian dulu entry kali ini.... Jumpa lagi....

Wednesday, February 10, 2010

Sudu gergasi Sunflower

Salam kawan-kawan..

Kali ini Sanflower nak berkongsi gambar sudu gergasi sunflower... Sebelum ini Sanflower hanya ada garfu saja.. Masa ke KK Home Deco, Shah Alam.. ternampak sudu ini. Memang terus ambil dan bayar laa... memang dah rezeki agaknya, dah nak balik ternampak sudu ni tersorok di bawah rak bersama stok barang roses yang lain..




 Akhirnya bertemu jodohnya... dapatlah digantung bersama-sama...

Semoga berjumpa lagi.....

Friday, February 5, 2010

Hadiah Lagi.... - Part 2

Salam bertemu kembali...

Terlebih dahulu Sanflower ingin memohon maaf kerana sekali lagi Sanflower akan memaparkan hadiah-hadiah dari rakan-rakan maya... Ini adalah cara untuk Sanflower mengabadikannya sebagai kenang-kenangan dan tanda penghargaan serta terima kasih.. Rasanya hidup ini sangat bertuah.. disamping selalu dapat hadiah dari rakan-rakan, Sanflower turut mendapat hadiah dari rakan maya.. ada antara mereka tak pernah bersua muka.. Yang buat Sanflower happy.. kesemuanya barang berunsurkan matahari... Terima kasih yang tak terhingga... hanya doa yang tak pernah putus mengiringi...

Jom kita segar-segarkan mata...


Pasu berbentuk baju ini pemberian K.Sali Cottage semasa berkunjung ke pejabatnya.

Dulang ini pula pemberian K. Ida Cottage - Dikirimkan pada K.sali



Bungkusan pos laju yang dihantar oleh K.Zie's Blog


 Inilah hadiahnya.... sempena menjadi follower yang ke 100.


 
Ini juga dari K.sali Cottage - dikirimkan pada K.lynn cottage

Jam ini juga dari K.Ida Cottage - dia bagi masa berkunjung ke rumah K.lynn.

 
Bungkusan ini semalam baru terima..... Dah jangka sebab tuannya dah SMS bagiytau...


Inilah barangnya.... walaupun tak pernah bersua muka... baikhati betul MamaYana ni... 3 hadiah sekali bagi, semua ditampah khas...

Sekian dulu.... Mudahan rakan-rakan semua sentiasa dilindungi Allah dan dilimpahruahkan rezeki selalu. Amin...