Tuesday, January 26, 2010

Sunflowers Frame Collections

Salam rakan-rakan... Berjumpa lagi...
Kali ini Sanflower nak upload pula koleksi frame gambar sunflower yang ada, Tak la banyak mana, tapi boleh la kawan-kawan buat segarkan mata. Ikut hati jumpa je frame yg dijual, memang teringin nak beli. Tapi sebab rumah tak berapa luas.. jadi pendam aje la keinginan bila tengok frame tu.


Jom kita segarkan mata...


Yang ini crosstich, dibuat sendiri sambil dibantu oleh bondaku pada tahun 1999




Frame puzzle ini pula dihadiahkan oleh rakan sepejabatku  pada tahun 2000,  Apandi dan Fairuz. Masa tu mereka membujang, mereka memang suka dan bayak koleksi puzzle. Tapi puzzle ni Sanflower lengkapkan sendiri dengan dibantu oleh bonda dan adik-adik.




Frame Sunflower ini dibeli semasa berkunjung ke rumah adik pertama di Lumut tahun 2001. Masa singgah di Sitiawan, terjumpa frame ini. Walaupun harganya murah RM20.00 tapi gambarnya tetap cantik. Pasu dan bunganya berkilat-kilat.





Sunflower berbingkai kayu jati ini juga pemberian dari kawan yang tinggal di Sri Muda, Shah Alam, Kak Ku Hasnah pada tahun 2002. Agaknya dia memang jenis baik hati, dia hadiahkan pada Sanflower walaupun dia sendiri tiada dan dia juga ada mengumpul koleksi sunflowers.





Gambar Sunflower  ini adalah lukisan tangan (cat minyak-betul rasanya). Pemberian oleh isteri sepupuku dari Keramat. Masa berkunjung ke rumahnya tahun 2002, nampak je frame ni terus cakap suka dan minat sangat sunflower. Isterinya pula memang baik hati terus offer. Sanflower memang happy sangat laa.. terus angkut masuk kereta (walaupun baru tiba), takut sepupu berubah hati.. Terima Kasih Kak Yah dan Abang Mie.



 
Lukisan ini juga lukisan tangan. My first son, Jerry yang hadiahkan masa Sanflower lahirkan adik pertama dia Daniel  pada 5.4.2004. Katanya sebagai tanda terima kasih dan gembira sebab dapat baby...

 


Frame Sunflower lukisan tangan ini dibeli semasa hendak beli perabot di Kuantan tahun 2005. Tak sangka kedai perabot pun jual frame macam ini. Kira sambil menyelam sambil minum air laa...





Frame ini pula hasil kerja tangan crosstich oleh bonda tersayang pada tahun 2006. Besar dan cantik. Memandangkan hanya kami bertiga yang dah kahwin, bondaku buatkan satu seorang untuk kami. Cuma adik bongsuku yang belum kahwin je tak ada...  Terima kasih yang tak terhingga buat bondaku.. mesti penat sebab besar dan benangnya selalu kena tukar dan banyak pula warnanya...



Frame Sunflower ini juga lukisan tangan. Koleksi Bingkai Bunga Matahari yang terbesar dan termahal yang Sanflower miliki (bagi Sanflower laa... sebab kita tak berduit..he2) . Dibeli di Kuantan pada tahun 2008. Masa pergi tempah bingkai gambar, ternampak frame ini tersandar kat dinding dengan dipenuhi habuk. Tuan kedai pula offer diskaun untuk lepaskan modalnya kerana hampir setahun tidak diambil oleh tuan asalnya. Pada mulanya dia cakap RM450.00, selepas tawar menawar dapatlah RM 300.00.(Bagi mereka yang banyak duit, murah sangat harganya kan....)




Frame Sunfower kembar ini adalah permberian semasa perpisahan dengan rakan-rakan(K.Siti Zaharah, Kak Zuraini, Kak Norhayati dan Ezreen-rasanya dh cukup nama ni) pada 11.2.2008. Walaupun kami tak pernah kerja satu bahagian.. mereka usahakan juga beli hadiah berupa sunflower ni... Memang Sanflower gembira dan terharu...





Yang ini pula buatannya seperti dari bahan mozek@tiles. Hadiah oleh rakan adik - Sue dan suaminya Man, kira rakan Sanflower juga laa... masa menziarah mereka di kediaman mereka di Teluk Sepanggar, Sabah pada Ogos 2009. Bila dah nak balik tu, tetiba suaminya ingatkan pasal hadiah ni.. Memang tersenyum lebar la Sanflower bila dapat hadiah ni... Barang Sunflower kan....




Ok.... Sekian dulu... Buat semua rakan-rakan yang menghadiahkankesemua Frame ini..Sanflower doakkan sentiasa murahkan rezeki, bahagia selalu dan dirahmati serta dilindungi Allah selamanya bersama keluarga. InsyaAllah...


Jumpa Lagi.... I Love U All....



Thursday, January 14, 2010

Hadiah Pembuka 2010 - Part 1

Salam....


Bila tengok kawan-kawan selalu up-dated blog masing-masing... Sanflower pun teringin juga. Tapi apakan daya..awal tahun ni banyak sangat kerjanya... Mungkin bulan depan baru reda sikit kot. Kali ini Sanflower nak upload beberapa hadiah yang Sanflower dapat dari rakan-rakan blogger, sebagai tanda terima kasih pada kakak semua dan untuk diabadikan sebagai kenangan.. Walaupun baru kenal.. kakak semua pemurah dan baik-baik semuanya.

Jom kita cuci mata....
Bekas (besen) enamel diterbangkan khas dari Indonesia oleh Kak Ida Isk (Ida Cottage - banyak barangan deco dijualnya dan memang terror bab-bab baking) .  Rasanya bekas ini memang Kak Ida belikan khas untuk Sanflower sebab Kak Ida tak publish kat blog dia, kat Sanflower pun dia emailkan...(Betul kan kak Ida..he.he..perasan ni) Tq. Kak Ida..
Bekas sun flower ini pun K.Ida yang bagi. Katanya dah lama tersimpan kat rumahnya.  Kalau ada lagi kat rumah tu boleh la pindah ke sini pula.. mesti semak rumah akak dengan barang sun flower tu... Hhmmm... Tq Kak.. Memang Sanflower suka. Anak-anak pun seronok tengok sun flower besar ni...
Dua pasu kecik ini dari Kak Har pun bayak jual pelbagai barang ( Har Home Deco  ) masa jumpa dia kat Kuantan hujung tahun lepas. Tqvm kak... Walaupun first time jumpa akak, akak bermurah hati bawakan hadiah ni untuk Sanflower. Akak adalah rakan blog pertama yang bagi hadiah tau... Mudahan murah rezeki kakak. 




Yang ini pula pelita dari Kak Eija (Eija cottage/ulat pelita).. dah dia tokey pelita kan.. hadiahnya mestilah pelita. Alahai kak... nampaknya nanti kena beli la lagi pelita dengan akak. Kesian pulak dia sorang-sorang kat atas rak... Anyway TQVM kak.. Mudahan bisnes akak bertambah maju di Tahun 2010 ni.

Ini asalnya bekas mayonaise... Tapi kakak kita sorang ni memang rajin dan kreatif... jadilah bekas sun flower yang cantik ini.. Sekarang dah jadi hak milik Sanflower. Terima kasih Kak Sali ( Sali Cottage) Kalau K.Ida tokey pelita... Kak Sali ni macam-macam ada... TQVM kak....

Sekian dulu untuk kali ini... Semoga berjumpa lagi


Tuesday, January 5, 2010

Sebelum Dan Selepas

Salam.....
Disember tahun lepas.. Setiap kali cuti 3 hari tu.. Sanflower cuba la mengecat sendiri beberapa barang kat rumah tu... Terima kasih untuk decal K.Mar... Nanti boleh beli lagi.. Banyak lagi benda nak buat ni...
Hasilnya tidaklah secantik dan sebaik kawan-kawan buat.. tapi Sanflower rasa puas hati sangat sebab berjaya buat sendiri..


Jom kita cuci mata lagi...

Sebelum                                        Selepas






 Decal sunflower yang ditampal tu telah diubahsuai dari decal asal..




 
Sebelum 
                                                  
 
Selepas
 Sunflower atas ditampal decal - K.Mar. 
Sunflower bawah ditampal tisu - kedai di Petaling Jaya

 



Sebelum                                               Selepas
  



Jam ini beli di Romantika.  Asalnya bunga-bunganya Roses.. Kawan-kawan mesti biasa melihat @ sudah memilikinya. Masa beli awal tahun lepas Sanflower dengan mak mengerjakan jam ini untuk ditampal dengan sunflower... Nak beli yang siap ditampal sunflower tak ada.. terpaksa la buat sendiri..

Setakat ini dulu hingga berjumpa lagi..... 

Sunday, January 3, 2010

Hadiah Sunflower Penutup Tahun 2009

Salam tahun baru untuk kawan-kawan yang dikasihi semua..
Bila jalan-jalan kat blog kawan-kawan.. ada saja koleksi baru kawan-kawan dan entry barang-barang yang sedia ada. Seronok melihatnya. Kali ini koleksinya tak seberapa.. Tapi dah minat dengan Sunflower ni, upload aje laa apa yang ada. Sebelum berakhirnya tahun baru Sanflower dapat 3 hadiah from the only one..My Beloved Sister dan  dari my best friend Gembiranya memang tak dapat dizahirkan dengan kata-kata.. Tqvm to both of u..
Jom kita cuci mata lagi...

Piring Sanflower ini, dari My Beloved Sister tp ditulis oleh my best friend. Memang mencari-cari piring ini sebab dulu My Best Friend pernah hantar gambar bersama sisa roti canainya.. Yang bestnya dapat buktikan padanya berjaya juga dapatkan piring ini.


Brooch ini pula pemberian dari my best friend pada 22.12.2009. Masa dapat tu memang gembira sangat. Apa tidaknya.. Sekarang ni, ini adalah brooch terbesar, tercantik dan termahal yang Sanflower miliki. TQVM...



Album ini juga pemberian dari My Best Friend pada 28.12.2009.. Kira hadiah terakhir yang dapat untuk tahun 2009. Mudahan tahun 2010 dimurahkan rezeki untukku dan semua rakan-rakan yang baik hati bagi hadiah barang-barang Sunflowers. Masa bagi album ini katanya murah saja.. Buat My Best Friend.. harga bukannya ukuran.. Tapi ingatan dan  persahatan kita yang tidak ternilai harganya.. TQ,TQ.TQ... 

Buat semua rakan-rakan... Mudahan pada 2010 ini,  Allah S.W.T memberikan kita rahmat, berkat dan perlindungannya serta dilimpahruahkan rezeki. Amin....