Wednesday, May 26, 2010

Murah... Tapi tersangat menyayanginya...

Salam bertemu lagi...

Kali ini giliran pinggan mangkuk pula.... Semua pinggan mangkuk ni harganya murah. Tidak setanding koleksi rakan-rakan lain. Bagi mereka yang ada koleksi ini, sudah tentu mereka tahu harganya. Ini saja pinggan yang Sanflower  jumpa.. tambahan pula ini yang mampu dibeli. Kesemua pinggan ini digunakan jadi sebelum sedikit-demi sedikit pecah., sumbing dan sebagainya seterusnya terpaksa dibuang... Sanflower ingin mengabadikannya sebagai kenang-kenangan..
Seperti kata K.Shas, nak snap gambar tu.. bagi posing sikit..kona baring sikit... teringin juga nak buat bagi gambar cantik, tapi Sanflower ni tak berapa rajin... snap sajalah seadanya...



Disinilah tempat mereka beradu.. Teringin juga nak memiliki almari cantik-cantik..tapi rumah kecik, modal kurang... Disebabkan kesemuanya digunakan (kecuali 1 set arcopal yang sama tu), letak di atas rak ini kira ok juga, sebab senang nak ambil dan simpan..




Ini set pinggan pertama yang Sanflower beli. Beli di Giant Hypermarket, Subang pada tahun 1998. Set lapan.. tapi beberapa biji dah pecah termasuk mug..tinggal 3 biji.




Set pinggan untuk 4 orang ini juga dibeli tahun 1998. Beli di Sogo, KL..  hanya tinggal satu set ini saja. bolehlah dari tak ada langsung.


Cawan ni dah tinggal 3, 1 dah hilang masa pindah rumah.... jadi gantung je la kat sini




Set arcopal ni beli di Langkawi tahun 1999. Sanflower suka gunakan pinggan ini sebab ringan dan kaca.




Ini pula satu set yang sama juga dibeli di Langkawi hujung tahun 2009. Disebabkan Langkawi tempat favourite kami, setiap tahun sekuranya sekali mesti pergi. setiap tahun pergi barangnya sama, kalu yang barupun barang-barang roses... Masa di sana  yang tersayang bagi duit.. disuruh beli something sunflower, hanya pinggan ini saja yang ada, jadi beli je laa... Lagipun kalau yang ada kat rumah tu pecah, masih ada satu lagi. Bila dah susun di rak ini baru sedar set baru ini ada 2 tumbler air tapi tak ada bowl besar yang dalam tu... cuma ada bowl besar saja... bekas kuih pun tak ada..



Set melamine ini pula dibeli tahun 2000.. disebabkan murah bolehlah beli banyak. Lagipun set ini dijual berasingan bolehlah beli mana-mana bentuk yang berkenan...



Set ini juga dibeli pada tahun 2002 juga di langkawi. Yang ini juga buatan seperti melamine..tapi lebih tebal dan berat berbanding set melamine pertama tadi.



Set pinggan jenis seperti melamine ini asalnya beli sendiri masa Sanflower dan bekas bos di tempat lama keluar untuk kerja luar. Singgah makan ternampak kedai pinggan di sebelah. Duit pula tak bawa. Pinjam la duit bos dulu. dia pun memang tahu Sanflower ni memang tak boleh tengok barang-barang sunflower ni. Masa nak bayar balik bos cakap tak perlu bayar..anggap saja hadiah darinya. Tersangatlah gembira walaupun selalu dapat hadiah darinya...




Set 4 pinggan kaca ini dibeli di Parkson, Kuantan tahun 2007. Beli 2 set jadi la set 8. Terima kasih pada Kak Norhayati Iman kerana bagi info pinggan ini. bertambah la koleksi pinggan Sanflower..




Set 6 pinggan kaca ini di beli tahun 2008 juga di Langkawi. Set ini dibeli sekali dengan mangkuk bertutup seperti entry periuk sunflower dulu...







Buat K.Ida Isk, K.Sali dan K.Chah.....
Setelah digabungkan hadiah kakak semua... hampir lengkap set untuk tahun 2010 ini.. Fitri ada juga hantar email gambar bekas creamer bunga ini yang dia nak bagi, tapi tak berkesempatan lagi nak ambil. dah ambil dapatlah meriahkan lagi set ini... Terima kasih





Sekian dulu.... Dan Jumpa lagi...

No comments: