Friday, May 7, 2010

Menziarahi Rakan Blogger Part 3 dan hadiah lagi..dan lagi..

Salam rakan-rakan..

Hari ini kuatkan semagat untuk update lagi blog ni...  Sebab tak ada cerita sangat...  jadi Sanflower ingin mengabadikan kenangan bersama-sama rakan-rakan bloggers yang semuanya baik-baik.. Kebaikkan mereka membuatkan Sanflower rasa sangat sayang pada mereka semua... 

Kali ini pula Sanflower ke rumah "K.Yaya Cottage" dan ke Junerysha Cottage. Asalnya kami janji nak jumpa di Ayer Itam sahaja.. Bila dah nak balik, ubah fikiran.. teruskan perjalanan ke Johor Bharu. Dah sampai sana call K.Yaya dan June... mereka dengan berbesar hati ajak singgah.. Seronok rasanya.
K.Eija pula ada hal malam tu.. Tokey mesti busy kan... Teringat juga rakan-rakan lain yang tinggal di JB ni.. tapi dah malam.. esok nak kerja pula... Harap di lain kali dapat berjumpa mereka pula.

Buat K.Yaya (& hubby yg sporting n baik datang ambil kami di simpang jalan, tunjukkan rumah june) dan juga June n hubby.. Tq banyak-banyak di atas layanan baik dan gift yang diberikan pada Sanflower...


Ini bekas plastik ( sekarang dh jadi bekas towel kecik..tiru k.Ida isk) yang dijahit oleh K,Yah. Walaupun Sanflower boleh juga menjahit, tapi rasanya tak sekemas jahitan K.Yah. Bersama barangan epal ni, K.Yah selitkan juga  Fridge Magnet Sunflower.Tq kak susah payah poskan barang ni..




Ini pula K.Yah bagi masa jumpa di Air Itam.. Toaster Cover  towel epal ni K.Yah jahit sendiri, bekas seramik Sunflower tu k.Yah beli  di Air Itam.. Tq banyak-banyak kak.. mudahan Allah limpahruahkan rezeki akak...













Semua gambar di atas tu antara ruang di cottage K.yah yang sempat SanFlower snap. Rumahnya cantik, kemas dan bersih.. tak puas melihatnya... Sayangnya masa ke rumah June tak sempat nak snap gambar... Rumahnya yang besar, luas dan cantik tu masih terbayang-bayang di mata ni.. harap lain kali ada peluang nak sap banyak-banyak buat kenangan...




Ini pula gelas pemberian oleh adik tersayang June... Tq yea june.. K.Sanflower memang suka... bila sunflower je, tak kira apa memang suka...



Strawberry ni dari June juga, dia beli di Air Itam. K.Yah pun jun bagi juga dapat... Rasanya kalau K.azah ada mesti dia pun dapat ni....

Sekian dulu... Mudahan bertemu kembali... moga iktan persahabatan bersama rakan-rakan akan berkekalan hingga ke akhir hayat. aminnnn......




No comments: