Sunday, May 16, 2010

Akhirnya....

Setelah sebulan, akhirnya siap juga, itupun bila yang tersayang mula bagi semangat..asyik menyebut nak tengok hasilnya... Bermula beli tahun lepas, hati dah berangan nak tukarkan pada sunflower, nak cari ready made tak jumpa-jumpa..Yang banyak roses.. di kedai mahupun majalah.. roses saja yang biasa tengok. Bila nak buat tertangguh-tangguh, Weekend asyik ada saja programnya. Mula-mula buat kusyen kecil dulu, lepas tu buat sarung kusyen  tempat duduk.. hampir sebulan baru dapat siapkan rangkanya.. Jahit pula tak belajar, sekadar mencuba-cuba. walaupun tidak seperti hasil kerja pakar.. hati tetap puas.. menjadi juga akhirnya, dapat lah jimatkan kos upah, boleh lah beli barang deco yang lain pula...

Ini lah hasilnya....

Rasanya seperti ada yang tak kena.. mungkin rakan-rakan ada idea nak bagi lebih cantik...



Ini pula warna asalnya... coklat... nampak macam tak bermaya je...




hingga berjumpa lagi....

No comments: