Saturday, March 20, 2010

Bercuti @ Menziarah Rakan-Rakan Blogger - Part 1

Salam bertemu kembali... 
Lamanya tak update blog... 2 minggu sebelum ni SanFlower teramat sibuk.. kerja pejabat, kerja rutin di rumah, tempahan barang hantaran kahwin kawan, anak kawan dan saudara... 
Sebenarnya ada lagi yang belum siap, tapi dah 'tercuti' ni... luangkan juga masa untuk buat entry baru... Bercuti pun ke Kuantan dan Kemaman.. Sempat la menziarah rakan blogger.. Kak Har, Kak Chah, Kak Ina dan Kak Rose Roses. Niatnya nak menziarah K.Ziela juga tapi tak sempat. Nak jumpa K.Ina Bonda Cottage pun tak jadi. Harap di lain kali dapat jumpa rakan-rakan yang lain pula.kak Eija pun ada kat Kuantan jadi kami menziarah la bersama-sama. Lepas tu niatnya nak ke Singapore, tiba-tiba kawan kat sana emergency balik kampung pula. Jadi kami ubah program.. seperti biasa tempat favourite SanFlower Langkawi dan Cameron Highlands. Walaupun dah berpuluh kali pergi kedua-dua tempat ni... tapi tak jemu-jemu.
Sebab tak rancang awal-awal, kami decided pergi Cameron saja. Dari Kuantan naik ke Genting, terus ke Cameron. Seperti semua orang tahu  kat sana memang popular dengan sayuran, bungaan dan strawberry. satu hari satu malam mencari sanflower, hanya dua barang baru  je yang jumpa semuanya barang strawberry.. Disebabkan adik Sanflower baru kahwin dan baru mula mengumpul strawberry... angkut barang untuknya saja laa... Dah rezeki dia... bajet nak beli sunflower x berapa guna.. boleh la beli strawberry untuk dia...
Hari Sabtu ziarah K. Ida Cottage pula.. ingatkan sempat bertemu K.Azlina, tapi x sempat.
Kepada rakan-rakan yang berniga, kalau ada barang Sunflower, Apple @ Strawberry bagitau la Sanflower yea.. kalau belum ada lagi, boleh la beli.....

Jom kita cuci-cuci mata tengok pemndangan dan kesegaran strawberry








Inilah 3 orang heroku.... posing di Cameron Highlands..
Barang-Barang Strawberry ni beli di Kuantan, Buah berdaun kat atas dan cucuk buah tu beli dengan Kak Har. Baik betul dia. Dia dh siap gantung kat dapurnya, tapi sebab Sanflower nak sangat di bagi juga. Yang lain-lain tu beli di beberpa kedai sekitar Kuantan.










Semua ketiga-tiga gambar ni beli di Cameron. Kalau ikutkan hati banyak lagi nak beli.. Tapi modalnya dah makin nipis.... 
Kepada rakan-rakan... jika ada Info Set pinggan strawberry ni, bagitau yea.. kerana baru dapat 6 pinggan makan, 6 piring sedang... masih mencari untuk cukupkan setnya...

Sekian dulu untuk kali ini.... Umur panjang jumpa lagi....