Wednesday, February 24, 2010

Periuk Sanflower

Salam rakan-rakan... Berjumpa lagi.....
Lamanya tak updated blog. Keinginan ada cuma masa tidak mengizinkan kerana sebulan ini sibuk dengan tempahan hantaran kawan-kawan yang akan ke jinjang pelamin... Pada mulanya nak tunggu siap kerja baru nak upload koleksi Sanflower...tapi hari ni rasa seperti rajin pula....
Kali ini Sanflower nak kongsi koleksi periuk sunflower... adanya sikit saja, tapi upload jugalah untuk diabadikan sebagai kenangan...


Peiuk Kaca ini boleh gunakan untuk masak. Beli di Pengkalan Kubu, Kota Bharu. Setiap kali tengok, teringat masa nak beli dulu. Tahun 1998, baru kerja.. duitnya tak seberapa, harganya pula mahal. Nasib baik bonda tercinta bagi pinjam duit. Dapatlah juga periuk idaman ini...




Bekas bertutup ini my beloved sister pernah beli untuk dirinya di Langkawi. Tapi katanya, hanya ada satu set, tak dapatlah dia nak tolong belikan untuk Sanflower. Tiap kali pergi rumahnya, geram jer..
Tahun 2009, semasa ke Bukit Kayu Hitam, Kedah, kebetulan ada satu set.. terus je beli. Tapi yang ini tak boleh digunakan untuk memasak. Agaknya dah nasib.. yang tengahnya pecah, tinggal la dua beradik saja...




Periuk enamel ini beli kat Rantau Panjang, Kelantan pada tahun 2000. Yang ini juga boleh digunakan untuk masak. Tapi jarang-jarang digunakan sebab sayang... Takut pecah atau rosak, susah nak dicari ganti macam yang dah pecah kat atas tu...



Sekian dulu entry kali ini.... Jumpa lagi....

No comments: