Tuesday, January 26, 2010

Sunflowers Frame Collections

Salam rakan-rakan... Berjumpa lagi...
Kali ini Sanflower nak upload pula koleksi frame gambar sunflower yang ada, Tak la banyak mana, tapi boleh la kawan-kawan buat segarkan mata. Ikut hati jumpa je frame yg dijual, memang teringin nak beli. Tapi sebab rumah tak berapa luas.. jadi pendam aje la keinginan bila tengok frame tu.


Jom kita segarkan mata...


Yang ini crosstich, dibuat sendiri sambil dibantu oleh bondaku pada tahun 1999




Frame puzzle ini pula dihadiahkan oleh rakan sepejabatku  pada tahun 2000,  Apandi dan Fairuz. Masa tu mereka membujang, mereka memang suka dan bayak koleksi puzzle. Tapi puzzle ni Sanflower lengkapkan sendiri dengan dibantu oleh bonda dan adik-adik.




Frame Sunflower ini dibeli semasa berkunjung ke rumah adik pertama di Lumut tahun 2001. Masa singgah di Sitiawan, terjumpa frame ini. Walaupun harganya murah RM20.00 tapi gambarnya tetap cantik. Pasu dan bunganya berkilat-kilat.





Sunflower berbingkai kayu jati ini juga pemberian dari kawan yang tinggal di Sri Muda, Shah Alam, Kak Ku Hasnah pada tahun 2002. Agaknya dia memang jenis baik hati, dia hadiahkan pada Sanflower walaupun dia sendiri tiada dan dia juga ada mengumpul koleksi sunflowers.





Gambar Sunflower  ini adalah lukisan tangan (cat minyak-betul rasanya). Pemberian oleh isteri sepupuku dari Keramat. Masa berkunjung ke rumahnya tahun 2002, nampak je frame ni terus cakap suka dan minat sangat sunflower. Isterinya pula memang baik hati terus offer. Sanflower memang happy sangat laa.. terus angkut masuk kereta (walaupun baru tiba), takut sepupu berubah hati.. Terima Kasih Kak Yah dan Abang Mie.



 
Lukisan ini juga lukisan tangan. My first son, Jerry yang hadiahkan masa Sanflower lahirkan adik pertama dia Daniel  pada 5.4.2004. Katanya sebagai tanda terima kasih dan gembira sebab dapat baby...

 


Frame Sunflower lukisan tangan ini dibeli semasa hendak beli perabot di Kuantan tahun 2005. Tak sangka kedai perabot pun jual frame macam ini. Kira sambil menyelam sambil minum air laa...





Frame ini pula hasil kerja tangan crosstich oleh bonda tersayang pada tahun 2006. Besar dan cantik. Memandangkan hanya kami bertiga yang dah kahwin, bondaku buatkan satu seorang untuk kami. Cuma adik bongsuku yang belum kahwin je tak ada...  Terima kasih yang tak terhingga buat bondaku.. mesti penat sebab besar dan benangnya selalu kena tukar dan banyak pula warnanya...



Frame Sunflower ini juga lukisan tangan. Koleksi Bingkai Bunga Matahari yang terbesar dan termahal yang Sanflower miliki (bagi Sanflower laa... sebab kita tak berduit..he2) . Dibeli di Kuantan pada tahun 2008. Masa pergi tempah bingkai gambar, ternampak frame ini tersandar kat dinding dengan dipenuhi habuk. Tuan kedai pula offer diskaun untuk lepaskan modalnya kerana hampir setahun tidak diambil oleh tuan asalnya. Pada mulanya dia cakap RM450.00, selepas tawar menawar dapatlah RM 300.00.(Bagi mereka yang banyak duit, murah sangat harganya kan....)




Frame Sunfower kembar ini adalah permberian semasa perpisahan dengan rakan-rakan(K.Siti Zaharah, Kak Zuraini, Kak Norhayati dan Ezreen-rasanya dh cukup nama ni) pada 11.2.2008. Walaupun kami tak pernah kerja satu bahagian.. mereka usahakan juga beli hadiah berupa sunflower ni... Memang Sanflower gembira dan terharu...





Yang ini pula buatannya seperti dari bahan mozek@tiles. Hadiah oleh rakan adik - Sue dan suaminya Man, kira rakan Sanflower juga laa... masa menziarah mereka di kediaman mereka di Teluk Sepanggar, Sabah pada Ogos 2009. Bila dah nak balik tu, tetiba suaminya ingatkan pasal hadiah ni.. Memang tersenyum lebar la Sanflower bila dapat hadiah ni... Barang Sunflower kan....




Ok.... Sekian dulu... Buat semua rakan-rakan yang menghadiahkankesemua Frame ini..Sanflower doakkan sentiasa murahkan rezeki, bahagia selalu dan dirahmati serta dilindungi Allah selamanya bersama keluarga. InsyaAllah...


Jumpa Lagi.... I Love U All....



No comments: