Monday, October 11, 2010

Rumahku Syurgaku Versi My House..My Sanflower..My Sanshine

Buat tatapan N dan kakaknya di England....

Setelah memaksakan diri.. dapat juga updated blog yang dah sekian lama menyepi kerana kesibukan... Ini sajalah gambar terbaru yang ada seadanya... Harap N dan kakak berpuas hati.. Jumpa lagi...






















Alhamdulillah

Terima Kasih untuk yang kesekian kalinya....

Sunday, August 1, 2010

alhamdulillah.....

Salam Bertemu lagi...
Alhamdulillah... Julai ini murah betul rezeki... banyak betul dapat hadiah dari rakan kerja, rakan blog dan juga my best friend... Terima kasih....semoga semuanya dilimpahruahkan rezeki hendaknya...
Disebabkan kemalasan melanda... buat juga entry ini seadanyasebagai tanda penghargaan dan terima kasih dan sebagai penutup Julai ini....


 My best friend beli masa dia pergi ekspo.. yang warna biru tu dibeli juga walaupun kurang 'real' sebab warna kuning dah habis.....


3 gelang manik ini pun di beli ketiga-tiga sekali..Walaupun merah dan biru tu tak berapa 'real',  Sanflower tetap suka sebab 3 warna ini warna favourite Sanflower.. Tqvm....





Apple dan Sunflower yang dihadiahkan oleh K.Lieza Cottage masa datang ke rumah SanFlower baru-baru ini. Memang terkejut juga. Banyak sangat akak bagi. Baik betul akak... Nasib baik ada lebihan apple yang dibeli baru-baru ini. Boleh lah bagi kat K.Lieza sebagai tanda kenangan. Terima kasih kak....




Ini pula dari kakak kesayangan Sanflower... K.Ida Isk... Dibeli masa dia bercuti kat Saigon dan Cameron.. Terima kasih kak.. selalu ingat San... Nanti bawak San juga, boleh pilih mana-mana yang akak nak beli tu..he.he.he...




Tiga bekas Sanflower ni dari Abang Bahrin (pelita), rasanya ramai yang kenal dia.. Katanya ini satu-satunya barang sunflower yang ada. ada 3, 3 skali dibelinya. Di beli masa pameran kraftangan. Baru sempat nak entry.. Terima kasih atas ingatan...



Ini pula 8 biji pinggan kangkung  dengan 3 saiz dan tutup tureen kangkung dari K.Chempaka. Dikirimkan pada K.Sali.. Banyak tu kak... Tq banyak-banyak kak.. Walaupun tak pernah bersua muka, sebegini banyak pemberian akak...


Seperti diukur-ukur... sedang elok dengan tureen yang SanFlower ada ni. Terima Kasih kak...









Semua barang di atas ini pula dari Kak Kelly...  Gift dari Switzerland dan China. Masa buka kotak tu.. memang teruja... banyak betul Kak Kelly bagi.. Walaupun tak pernah bersua muka, akak seperti kakak-kakak yang lain.. Sangat bermurah hati... Memang happy sangat....

Untuk semua rakan-rakan.... Mudahan Allah limpahruahkan rezeki semua... Amin..


Jumpa lagi....

Friday, July 9, 2010

Happy Birthday To me - 2 Julai 2010

Salam bertemu kembali...
Lamanya Sanflower tak dapat update blog... sibuk yang teramat... Kali ini Sanflower sedang bercuti sakit sebab sakit gigi... paksakan diri juga untuk buat entry... Khas untuk semua yang mengingati dan memberikan hadiah...

Juga untuk K.Lynn Cottage n My Sister... Happy Birthday to u too... Sebenarnya birthday akak sama dengan adik pertama sanflower yang kini berada di Perak, bulan pula sama dengan sanflower.. sebab tu Sanflower tak lupa...

Sekadar untuk kenangan dan tanda terima kasih.. Sanflower abadikan gambar-gambar pemberian dari yang tersayang, keluarga , best freind, rakan-rakan, ... tqvm diatas doa kalian dan buat rakan-rakan pejabat, terima  kasih untuk hadiah dan makan-makan... i love u all.....


Bear ni adalah special gift untuk SanFlower... 2008-yellow, 2009-med. brown+red (walaupun kecil tapi suka sangat sebab from oversea.. nak pergi sendiri tak mampu) dan yang terbaru 2009-light brown.. I love very much... Kini bertambah lagi My Sleeping Partner...








Kad  ini pemberian dari MY BELOVED SONS... diberi sebulan lalu.. tapi siap-siap pesan boleh di buka 2 Julai... jadi sampai masanya terus buka... Mummy love u all....











Ini pula pemberian dari rakan - rakan di pejabat.... fm sunflower, beg duit, baju tidur, stikers dan  tak sangka dapat 2 baju pasang yang sama..... sama pun tak apa..memang suka......









Sekian dulu..... Semoga berjumpa lagi

Wednesday, May 26, 2010

Murah... Tapi tersangat menyayanginya...

Salam bertemu lagi...

Kali ini giliran pinggan mangkuk pula.... Semua pinggan mangkuk ni harganya murah. Tidak setanding koleksi rakan-rakan lain. Bagi mereka yang ada koleksi ini, sudah tentu mereka tahu harganya. Ini saja pinggan yang Sanflower  jumpa.. tambahan pula ini yang mampu dibeli. Kesemua pinggan ini digunakan jadi sebelum sedikit-demi sedikit pecah., sumbing dan sebagainya seterusnya terpaksa dibuang... Sanflower ingin mengabadikannya sebagai kenang-kenangan..
Seperti kata K.Shas, nak snap gambar tu.. bagi posing sikit..kona baring sikit... teringin juga nak buat bagi gambar cantik, tapi Sanflower ni tak berapa rajin... snap sajalah seadanya...



Disinilah tempat mereka beradu.. Teringin juga nak memiliki almari cantik-cantik..tapi rumah kecik, modal kurang... Disebabkan kesemuanya digunakan (kecuali 1 set arcopal yang sama tu), letak di atas rak ini kira ok juga, sebab senang nak ambil dan simpan..




Ini set pinggan pertama yang Sanflower beli. Beli di Giant Hypermarket, Subang pada tahun 1998. Set lapan.. tapi beberapa biji dah pecah termasuk mug..tinggal 3 biji.




Set pinggan untuk 4 orang ini juga dibeli tahun 1998. Beli di Sogo, KL..  hanya tinggal satu set ini saja. bolehlah dari tak ada langsung.


Cawan ni dah tinggal 3, 1 dah hilang masa pindah rumah.... jadi gantung je la kat sini




Set arcopal ni beli di Langkawi tahun 1999. Sanflower suka gunakan pinggan ini sebab ringan dan kaca.




Ini pula satu set yang sama juga dibeli di Langkawi hujung tahun 2009. Disebabkan Langkawi tempat favourite kami, setiap tahun sekuranya sekali mesti pergi. setiap tahun pergi barangnya sama, kalu yang barupun barang-barang roses... Masa di sana  yang tersayang bagi duit.. disuruh beli something sunflower, hanya pinggan ini saja yang ada, jadi beli je laa... Lagipun kalau yang ada kat rumah tu pecah, masih ada satu lagi. Bila dah susun di rak ini baru sedar set baru ini ada 2 tumbler air tapi tak ada bowl besar yang dalam tu... cuma ada bowl besar saja... bekas kuih pun tak ada..



Set melamine ini pula dibeli tahun 2000.. disebabkan murah bolehlah beli banyak. Lagipun set ini dijual berasingan bolehlah beli mana-mana bentuk yang berkenan...



Set ini juga dibeli pada tahun 2002 juga di langkawi. Yang ini juga buatan seperti melamine..tapi lebih tebal dan berat berbanding set melamine pertama tadi.



Set pinggan jenis seperti melamine ini asalnya beli sendiri masa Sanflower dan bekas bos di tempat lama keluar untuk kerja luar. Singgah makan ternampak kedai pinggan di sebelah. Duit pula tak bawa. Pinjam la duit bos dulu. dia pun memang tahu Sanflower ni memang tak boleh tengok barang-barang sunflower ni. Masa nak bayar balik bos cakap tak perlu bayar..anggap saja hadiah darinya. Tersangatlah gembira walaupun selalu dapat hadiah darinya...




Set 4 pinggan kaca ini dibeli di Parkson, Kuantan tahun 2007. Beli 2 set jadi la set 8. Terima kasih pada Kak Norhayati Iman kerana bagi info pinggan ini. bertambah la koleksi pinggan Sanflower..




Set 6 pinggan kaca ini di beli tahun 2008 juga di Langkawi. Set ini dibeli sekali dengan mangkuk bertutup seperti entry periuk sunflower dulu...







Buat K.Ida Isk, K.Sali dan K.Chah.....
Setelah digabungkan hadiah kakak semua... hampir lengkap set untuk tahun 2010 ini.. Fitri ada juga hantar email gambar bekas creamer bunga ini yang dia nak bagi, tapi tak berkesempatan lagi nak ambil. dah ambil dapatlah meriahkan lagi set ini... Terima kasih





Sekian dulu.... Dan Jumpa lagi...