Monday, November 23, 2009

Sekuat Mana Kita Berusaha

Ujian merupakan lumrah di dalam kehidupan, 
ada yang diuji dengan sedikit penderitaan dari segi kekayaan, 
ada yang diuji dengan kerenah anak-anak,
ada yang diuji dengan kesukaran pekerjaan, 
ada yang diuji dengan rakan yang mengambil kesempatan, 
ada yang diuji dengan kekurangan suami/isteri/kekasih/teman,
ada yang diuji perasaannya dan ada yang di uji dengan kekurangan anggota tubuh badan. 

Namun semuanya adalah dari Allah S.W.T yang maha berkuasa yang mahu melihat sejauh mana kita bersyukur menerima apa sahaja yang telah ditentukannya kepada kita sebagai hambanya.

Apa ertinya seorang yang tidak berjari apabila diberikan cincin, mungkin itu yang kita bayangkan, tetapi jika beliau mengambilnya ia mungkin tidak dapat memakai diijari tetapi boleh menjualnya untuk mendapatkan wang.
Yang penting apakah kebaikan yang mungkin dapat diperolehi dari apa sahaja yang berlaku. Bukan hidup ini untuk mengeluh, tetapi hidup ini untuk memberikan yang terbaik agar kita dapat merasai akan kebesaran illahi, merasakan walaupun serba kekurangan kita mampu untuk terus hidup seperti seorang yang sempurna.

Adakah kita bersedia menerima ujian dengan penuh ketabahan atau kita menyesali apa yang berlaku? 
Begitu banyak perkara yang berlaku di dunia ini. Ada  yang  penuh dengan kegembiraan dan ada juga penuh dengan kedukaan. Kerana itulah sebenarnya warna-warna kehidupan yang mencorakkan dunia ini. Kita perlu mencari yang terbaik dan yang terbaik itu hanya akan dapat dijadikan sebagai reality sekiranya kita berusaha untuk mendapatkannya dengan bersungguh - sungguh.
Kita hanya mampu untuk berusaha dan yang menentukan samada kita berjaya atau tidak adalah Allah S.W.T. Sebab dan natijah atau keputusan adalah milik Allah S.W.T.

Sekiranya apa sahaja yang diminta akan termakbul atau tertunai, mungkin manusia tidak akan dapat merasai erti kegembiraan, kesukaran demi kesukaran yang kita lalui akan memberikan perasaan kegembiraan setelah kita berjaya melepasi kesukaran tersebut.
Setiap kesukaran pasti ada kesenangan, adalah dua ayat Allah didalam Al Quran untuk mengajar kita sebagai manusia yang lemah agar terus berusaha tanpa putus asa, kerana janji Allah SWT pasti benar. 
Persoalannya sejauh mana kita bersedia untuk mendapatkan apa yang kita mahukan? Sejauh mana kita sanggup untuk merasai kesukaran demi kesukaran yang ada, sejauh mana kita bersedia melangkah untuk membina ribuan langkah seterusnya, sejauh mana kita sanggup dihina sehingga kita membukti kejayaan yang ingin dicapai, sejauh mana kita sanggup berkorban untuk mencapai cita-cita dan harapan.
Sekiranya kita takut kesukaran, kesukaran pasti akan datang jua, bukan senang nak senang, kalau takut susah, susah nak senang. Kita perlu berusaha dan Allah S.W.T akan menentukannya, yang penting kita terus berusaha dan berusaha tanda kita percaya Allah S.W.T maha berkuasa untuk memberikan atau tidak kepada kita sebagai insan yang penuh dengan ujian untuk menguji keimanan. Allah hu 'alam.


* Terima kasih kepada Abang Botak kerana membenarkan Sanflower meminjam dan 'edit' coretan ini untuk dikongsi dengan rakan-rakan.TQVM

No comments: