Wednesday, December 30, 2009

SanFlowers lagi...

Salam Kawan-Kawan...
Dah lama tak buat entry.. Disember ni, setiap minggu cuti 3 hari. Macam banyak masa terluang, tapi bila banyak cuti, banyak pula kerja dan programnya. Kali ini SanFlower nak entry koleksi terbaru yang di beli masa bercuti kat Negeri Sembilan dan Terengganu baru-baru ini. Ada beberapa koleksi sunflowers dan epal. Tapi koleksi epal, SanFlower akan entry lain kali. Jom kita cuci mata....
 

Sebenarnya frame gambar sunflower dah banyak kat rumah, tapi anak pula bersungguh suruh beli. katanya kat rumah tak ada lagi design ini. Jadi anak dah tunjuk dia menyokong minat SanFlower, jadi beli la juga..



Ini pula fridge magnet. Memang susah nak dapat fridge magnet sunflowers. Bila dah jumpa terus beli semua satu kotak. Tak fikir apa-apa lagi dah...



Bekas ini dipanggil apa yea.. Macam bekas garam juga. Satu yang kat tengah tu tak ada penutup. Umurnya pendek, terlepas pegang masa keluarkan dari plastik.. Nanti yang tak ada penutup tu bolehlah dibuat tempat letak pen ke.. sudu ke...



Yang ini bekas garam juga. Sebenarnya bekas ini ada sudu sekali. tapi terlidung oleh penutup dibelakang.




Antara kesemua barang yang beli. Dua pasu ini la SanFlower paling excited. Sebab dah lama cari pasu macam ini.. tapi biasanya semua berlatarkan roses. Akhirnya dapat juga..

Sekian dulu.. Jumpa lagi untuk entry My fourth Apples Collection.

Wednesday, December 16, 2009

Alahai Sanflowers....Terpedaya Lagi

Malam semalam 15.12.2009 - Bawa anak-anak keluar makan, tersinggah pula kat kedai pinggan mangkuk.  Asalnya window shoping, hmmmm..... ada pula barang sunflowers... satu garfu gergasi sunflower, tak ada la pula sudunya. Teringat sudu gergasi epal kat rumah. dua tiga kali fikir... beli je lah... nanti tak lena tidur pula. Dah nak pergi bayar, ternampak pula satu bekas seramik sunflower... tertanya juga nak buat apa bekas tu.. bila di tanya pada sales girl, katanya untuk letak berus cuci tandas. Ish... dah 11 tahun mengumpul, tak pernah jumpa dan tak pernah terfikir ada juga bekas berus ni. Sudahnya...terpedaya jugalah malam tu...Kedua-duanya diangkut balik ke rumah...
 

Garfu Gergasi Sunflower




Bekas Berus Tandas



Sudu dan garfu ni...kalau digantung berdekatan ok tak?



Ok... Setakat ini Dulu... TQ sudi singgah...

Apples Collections

Semalam 15.12.2009, lunch hour Sanflower ikut kawan shoping kat PJ.. Seperti biasa mata ni nampak je... kali ini ternampak la 2 koleksi epal.. Memang sedang mengumpul epal... Laju je tangan ni ambil bawa ke kaunter.. Cuma terkilan, sudu epal gergasi tu tak ada la partner garfunya... Kepada kawan-kawan.. kalau lah terjumpa atau ada terlebih koleksi epal tu.. tolong lah belikan atau jualkan untuk SanFlower yea. Jom kita cuci mata...

Dulu Dan Sekarang

Kali ini tak tahu nak entry apa.. rumahnya kecil, barangnya tak seberapa..tapi blog dah lama menyepi terasa nak juga entry  cerita baru.. Jadi SanFlower entry gambar terbaru ruang tamu pula. Sofa lama dah let-go..Ni tengah cari gambar sofa kuning lama dulu. Nanti dah jumpa boleh la entry untuk dikenang.  Dah let-go yang tu tinggal kerusi kayu je.. awal tahun 2009 ada rezeki lebih dapat lah beli kerusi jati baru (kerusi murah je..) Jadi semalam masa nak ambil gambar koleksi epal terbaru, ambil la gambar kat ruang tamu juga...Bila tengok gambar ni rasa macam ada kurangnya... Mungkin kawan-kawan yang pakar boleh bagi idea....

 Ruang Tamu Sekarang
(Kalau dicat putih kerusi-kerusi ni, rasanya ok juga kan...)




Tahun Lepas Ruang ni diletakkan meja makan, 
sekarang kerusi kat atas tu dah ambil alih. 
Meja makan ni pun adik dah angkut balik rumah dia.



Ini Ruang tamu tahun lepas.. Simple sangat kan..
Kalau tamu datang ramai-ramai kena bersila la nampaknya...
 

Sekian dulu.... jumpa lagi untuk entry meja makan pula...

Thursday, December 3, 2009

More Apples

2.12.2009, lepas balik dari gym.. Sanflower dah janji nak bawa anak-anak keluar jalan-jalan. Tak tahu nak pergi mana, terus laju je driving menuju ke Shah Alam.  Anak-anak  dah  boleh  agak  mana nak  pergi.  Asalnya  window shopping.. tiba-tiba  mata  ni  ternampak  je  'an apple collections'. Lepas intai-intai harganya..hmmm..tak la mahal sangat.. tapi teringat juga hutang banyak lagi yang nak settle. Sambil merenung apples tu... sambil berkira, kalau tak beli nanti menyesal. Sejak minat apples ni susah juga nak cari koleksinya. Akhirnya..ambil bakul terus angkut apples ke kaunter dan bayar. Rezeki murah lagi, dapat  pula diskaun. Sejak beli apple, selalu je dapat diskaun.. tambah bersemangat ni.... Sanflower entry dulu koleksi terbaru yang tak seberapa ni.. masih berfikir lagi nak letak mana kat rumah tu...




Apple ini sama macam K.lynn.. Cuma tutupnya lain. Sebab badannya tak ada tutup, tutupnya tak ada badan. Tapi sebab nak sangat, beli berasingan kawinkan dia. Harap K.Lynn cepat-cepat la dapatkan stok yea... 
 
Tissue holder - theres only one. Apa lagi terus masuk bakul.


Bowls - i thought i wonna three, for my sons, but theres only two ( no more stocks). I hope i can find one more...


Medium Plates - quite alot , Its for my 3 sons.


Large Plates - quite alot , also for my 3 sons.


My second apples collections.




My second apples collections.

Tuesday, December 1, 2009

Monday, November 30, 2009

Kebaikkan Dan Keburukan Hari Untuk Memotong Kuku

Rasullullah S.A.W bersabda, ertinya;
Barang siapa yang memotong kuku pada hari;

Sabtu    :     Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat 
                  dan masuk kepadanya penyakit.


Ahad    :     Nescaya keluar darinya kekayaan dan 
                  masuk kemiskinan


Isnin     :     Nescaya keluar daripadanya gila dan  
                  masuk sihat


Selasa   :    Nescaya keluar daripadanya sihat dan  
                  masuk penyakit


Rabu    :     Nescaya keluar daripadanya was-was dan 
                  masuk kepadanya kepapaan


Khamis  :   Nescaya keluar daripadanya  gila dan 
                  masuk kepadanya sembuh


Jumaat   :   Nescaya keluar dosa-dosanya seperti 
                  pada hari dilahirkan oleh ibunya dan 
                  masuk kepadanya rahmat 
                  daripada Allah Taala. 


Sanflower tahu, di luar sana ramai yang mengetahui tentang hari memotong kuku ini. Cuma ada yang juga yang terlupa. Moga dengan entry kali ini, Sanflower dapat mengingatkan kembali rakan-rakan dan diri sendiri. Mudahan dengan amalan yang kecil ini, kita semua memperolehi kebaikkan-Nya dan dijauhkan segala keburukkan. InsyaAllah.

Thursday, November 26, 2009

Bidai Kesayanganku

Bidai ini pemberian dari My Best Friend pada 15.8.2009. Tqvm..

Wednesday, November 25, 2009

My Beloved Sanflowers



 Ini adalah antara koleksi kesayangan Sanflowers...


Monday, November 23, 2009

Villaku...

Atas permintaan K.Lynn... kali ini Sanflower entry gambar-gambar rumah yang tak seberapa tu... kalu nak tengok rumah yang betul-betul cantik.. jom kita pergi rumah K.Lynn...

Sebenarnya masa gambar ni diambil, Sanflower baru je berpindah balik ke Kuala Lumpur. Jadi 'deco'nya tidaklah sehebat rakan-rakan yang lain. Rumah pun kosong je sebab separuh perabot SanFlower jualkan @ sedekah kat rakan-rakan di tempat lama dulu. 
Tapi disebabkan permintaan, Sanflower tunaikan juga... Sekarang ini, rumah Sanflower berubah lagi. Bila ada masa nanti, Sanflower akan snap gambar dan entry untuk tatapan rakan-rakan.. Lepas tu bolehlah bagi komen membina untuk Sanflower cantikkan lagi rumah ini.....






















 












Sesungguhnya.... dan Forever Friend



Sesungguhnya
Tuhan Tidak Turunkan
Masalah Kepada Kita
Jika Dia Tidak Sertakan Kekuatan
Untuk Kita Menanggung Masalah Itu
Justeru Itu Jangan Terlalu Kecewa
Dengan Masalah Hari Ini
Hingga Kita Melupakan 
Kebahagiaan Hari Esok
Mungkin Tuhan Sudah Sediakan
Bahagia Untuk Kita
Sebagai Hadiah Ketabahan Hari ini

 Harap Kata-Kata Ini Menjadi Ubat
25 November 2007 / Ahad / 6.08 pagi







"FOREVER FRIEND"




Sanflower suka sangat gambar ini sebab.... 
Sanflower memang sukakan bear, sanflower dan...
ayatnya 'Forever Friend'..
Satu gabungan yang mengembirakan....















Sekuat Mana Kita Berusaha

Ujian merupakan lumrah di dalam kehidupan, 
ada yang diuji dengan sedikit penderitaan dari segi kekayaan, 
ada yang diuji dengan kerenah anak-anak,
ada yang diuji dengan kesukaran pekerjaan, 
ada yang diuji dengan rakan yang mengambil kesempatan, 
ada yang diuji dengan kekurangan suami/isteri/kekasih/teman,
ada yang diuji perasaannya dan ada yang di uji dengan kekurangan anggota tubuh badan. 

Namun semuanya adalah dari Allah S.W.T yang maha berkuasa yang mahu melihat sejauh mana kita bersyukur menerima apa sahaja yang telah ditentukannya kepada kita sebagai hambanya.

Apa ertinya seorang yang tidak berjari apabila diberikan cincin, mungkin itu yang kita bayangkan, tetapi jika beliau mengambilnya ia mungkin tidak dapat memakai diijari tetapi boleh menjualnya untuk mendapatkan wang.
Yang penting apakah kebaikan yang mungkin dapat diperolehi dari apa sahaja yang berlaku. Bukan hidup ini untuk mengeluh, tetapi hidup ini untuk memberikan yang terbaik agar kita dapat merasai akan kebesaran illahi, merasakan walaupun serba kekurangan kita mampu untuk terus hidup seperti seorang yang sempurna.

Adakah kita bersedia menerima ujian dengan penuh ketabahan atau kita menyesali apa yang berlaku? 
Begitu banyak perkara yang berlaku di dunia ini. Ada  yang  penuh dengan kegembiraan dan ada juga penuh dengan kedukaan. Kerana itulah sebenarnya warna-warna kehidupan yang mencorakkan dunia ini. Kita perlu mencari yang terbaik dan yang terbaik itu hanya akan dapat dijadikan sebagai reality sekiranya kita berusaha untuk mendapatkannya dengan bersungguh - sungguh.
Kita hanya mampu untuk berusaha dan yang menentukan samada kita berjaya atau tidak adalah Allah S.W.T. Sebab dan natijah atau keputusan adalah milik Allah S.W.T.

Sekiranya apa sahaja yang diminta akan termakbul atau tertunai, mungkin manusia tidak akan dapat merasai erti kegembiraan, kesukaran demi kesukaran yang kita lalui akan memberikan perasaan kegembiraan setelah kita berjaya melepasi kesukaran tersebut.
Setiap kesukaran pasti ada kesenangan, adalah dua ayat Allah didalam Al Quran untuk mengajar kita sebagai manusia yang lemah agar terus berusaha tanpa putus asa, kerana janji Allah SWT pasti benar. 
Persoalannya sejauh mana kita bersedia untuk mendapatkan apa yang kita mahukan? Sejauh mana kita sanggup untuk merasai kesukaran demi kesukaran yang ada, sejauh mana kita bersedia melangkah untuk membina ribuan langkah seterusnya, sejauh mana kita sanggup dihina sehingga kita membukti kejayaan yang ingin dicapai, sejauh mana kita sanggup berkorban untuk mencapai cita-cita dan harapan.
Sekiranya kita takut kesukaran, kesukaran pasti akan datang jua, bukan senang nak senang, kalau takut susah, susah nak senang. Kita perlu berusaha dan Allah S.W.T akan menentukannya, yang penting kita terus berusaha dan berusaha tanda kita percaya Allah S.W.T maha berkuasa untuk memberikan atau tidak kepada kita sebagai insan yang penuh dengan ujian untuk menguji keimanan. Allah hu 'alam.


* Terima kasih kepada Abang Botak kerana membenarkan Sanflower meminjam dan 'edit' coretan ini untuk dikongsi dengan rakan-rakan.TQVM

Monday, November 16, 2009

Sisa Roti Canai SanFlower & Secawan Milo Sanflower

 


Ini antara koleksi cawan yang Sanflower belum ada...

 
Roti canai yang dihidangkan dalam pinggan Sanflower di sebuah gerai.
Juga masih dalam usaha mencari koleksi ini...


Thursday, November 12, 2009

Senang Hati Memandang

Suka sangat tengok gambar bunga-bunga matahari. Senang dan sejuk hati memandang. Tak kira dalam suka mahupun duka. Sebenarnya baru belajar untuk memasuki dunia blog sendiri... Sebelum ini hanya visit blog kawan-kawan saja. Terima kasih Kak Lynn  yang bagi dorongan untuk create blog sendiri dan juga Abang botak yang sangat bermurah hati jadi sifu. Untuk latihan pertama ni, cuba entry gambar bunga matahari.. Ini gambar bunga matahari pertama yang disimpan untuk dijadikan koleksi gambar (sekarang dah banyak, tak larat nak masukkan semua). Harap lulus yea Abang Botak dan K.Lynn... Jumpa Lagi....

  Snap kat tepi jalan menuju ke hotel di Cameron Highlands.


 

Yang ini dia snap kat lobi hotel, juga di cameron Highlands.



 



 


Semua Sanflowers ini rasanya copy kat internet..



Yang ini pula snap kat Kemaman, Terengganu pada 1.12.2008. Masa  singgah kat  7-Eleven, ternampak kedai bunga sebelah hiaskan bunga ini dipintu masuk.. Tapi  tuan kedai cakap 'not for sale...' Ish... Geram jer tengok bunga ni. Besar pulak tu. Kalau lah dapat.....